Sunday, 7 October 2012

KEINSAFAN


Sewaktu aku hidup dalam kesesataan Allah telah memberi aku rezeki dan megurniakan pelbagai nikmat kesenangan. Tetapi aku lupa terhadapNya. Sehinggakan dia mengurniakan hidayah dan petunjuk kepada ku untuk kembali ke jalan yang benar. Aku mula terfikir mengenai kehidupan setelah aku tersasar jauh dilandasan islam yang sebenar.  Aku didatangi seorang hamba Allah luaranya dia napak ringkas sahaja. Pemakaiannya hanyalah biasa sahaja dan perkerjaannya hanyalah pemandu lori. Dia mendekatiku dan bercerita tentang islam. Aku memandangnya dan bertanya kedalam hatiku. Bolehkah aku percaya hambaNya ini. Kami banyak membincangkan tetang islam yang sebenar. Dia bertanyakan pada ku “untuk apa aku hidup?”. Aku terdiam dan kelu untuk memjawab. Lidahku kaku dan tidak tahu untuk apa aku hidup. Soalan yang ku rasa begitu singkat tetapi aku tidak boleh untuk menjawab. Lantar dia memberikan jawapan “hidup untu memcari keredhaan Allah”. Soalan dan jawapan yang selalu bermain difikiran ku. Dia juga memceritakan tentang pengalamannya. Banyak yang dapat aku menggambil iktibar. Aku mula kembali sedikit demi sedikit dengan islam. Aku membacakan kisah kewujudan Nabi Adam A.S. Apabila aku terbaca tentang ayat Allah yang bermaksud:-
“ dan aku jadikan jin dan manusia melainkan mereka memyembahku”
Surah Az-Zariyat ayat 56.
Aku mula berfikir tantang ayat itu dan teringatkan tentang soalan yang ditanyakan oleh hamba Allah itu. Dari situlah aku mula berfikir tentang kehidupanku sebelum ini yang kebanyakan aku lalai untuk mengigatiNya. Dan aku mula sedar dan kembali kepada erti hidup yang sebenarnya. Tiapkali aku merasakan diri ku ini  telah banyak melampaui hak-hak Allah. Tetapi sifat Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim memberikan aku keinsafan. Walaupun aku telah melampaui batas. Tapi tidak pernah Dia mmelupakan aku dan memberikan nikmat yang tidak terkira. Wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi kembalilah kepada jalan yang benar. Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang bertaubat.

No comments:

Post a Comment