Allahamdullilah... Hari ini impian saya untuk menerbitkan blog sudah tercapai. Disini saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk memberi pendapat tentang hal-hal semasa mengenai ajaran islam mengikut pandangan yang betul. Disini juga saya memgemukakan pendapat saya tentang diri dan jiwa islam. Jika pendapat saya tidak memuaskan hati dan pemikiran anda saya harapkan anda dapat memberi teguran dan pandangan anda memgenai pendapat dan pandangan saya tentang jiwa islam. Disamping itu kita juga dapat untuk membincangkan tentang cara untuk memertabatkan islam supaya dihormati dan sanjungi dimata masyarakat dunia. Selain itu juga kita dapat memupuk perpaduan dikalangan ummah dan menjadikan kita insan yang akan memahami erti hidup yang sebenar. Saya memcipta blog ini untuk berkongsi sebarang pendapat tentang kehidupan yang ditegaskan oleh islam dan Rasullulla SAW. Saya yang kurang berpengetahuan tentang islam dan kehidupan amatlah mengalu-alukan pendapat anda yang lebih mendalam tentang islam dan kehidupan yang diredhai untuk dikongsi oleh semua pelawat-pelawat blog saya. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu dari diri saya. Jadi disebabkan dengan ini saya cuba untuk menerangkan apa yang terpendam dalam hati saya mengenai kehidupan walaupun saya tahu saya adalah hambaNya yang mempunyai banyak kekurangan tetapi saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan dan islam.
Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
Melainkan mereka yang beramal soleh
dan Berpesan-pesan dengan kebenaran.
surah al-asr
No comments:
Post a Comment